Monday, October 24, 2016

Cara2 Menentukan ukuran saiz baju dalam yang Ideal

CARA BETUL MEMAKAI BRA DALAM 
4 LANGKAH RINGKAS

05
Baju dalam… coli… bra… mana-mana istilah anda gunakan, soalan yang selalu dibangkitkan ialah “apakah cara yang betul untuk memakainya?”

Ramai antara kita mungkin pada mulanya tak berapa kisah tentang cara yang betul memakai bra sebab “asalkan ia berada di payudara kita so ok lah, kan?” Lama kelamaan kita mula mengalami masalah-masalah daripada cara pemakaian kita: kedudukan bra berubah, tali bra meninggalkan tanda pada bahu, isi payudara melimpah keluar merat-rata tempat… tak cun. Sangat tak cun.

Kenapa penting sangat?

Ok pertama sekali, kenalpasti fungsi bra. Sebagai seorang wanita, anda memakai bra untuk menyokong payudara daripada tarikan graviti, lagi-lagi apabila anda aktif bergerak. Maksudnya ia juga memainkan peranan yang penting dalam pembentukan payudara anda. Bukan saja anda perlu memakai bra yang berkualiti, malah anda perlu tahu cara pemakaian yang betul supaya pakaian ini boleh berfungsi sepertimana ia patut atau yang anda inginkan.

So hari ini, Cun! Avon mempersembahkan… 4 langkah memakai bra (siap dengan gambar sekali!):
03
Langkah 1
Hulurkan tangan menerusi tali bra dan pastikan kedudukan bra ditetapkan dari bahagian bawah payudara.

Langkah 2
Tunduk ke hadapan apabila mangcangkuk bra supaya payudara berada di dalam cup. Mulakan dengan cangkuk pertama – yang paling luar dulu. Kalau longgar, ketatkan ke cangkuk seterusnya.
04
Langkah 3
Tarik payudara dan gumpalan lemak bawah tangan ke dalam cup.

Langkah 4
Kemaskan tali pada bahu. Ketatkan kedua-dua tali bahu dengan serata jika perlu.

Sekarang anda dah tahu fungsi bra dan cara pemakaiannya, tiba masanya untuk anda dapatkan bra berkualiti. Macam mana nak tentukan kualiti bra? Bukan harganya – barang yang mahal tak semestinya berkualiti tinggi.
Bra berkualiti bukan saja ditentukan dari segi keselesaan pemakaiannya, ia juga patut tahan lama selepas beberapa basuhan. Tak pasti mana nak dapatkan bra berkualiti? Cubalah bra Super Value daripada Avon dan nikmati tahap kualiti yang anda patut kenali – tali bahu bra tak menjadi longgar atau tak anjal, warna tak mudah meluntur, sayap tetap kukuh, cup dan dawai tak berubah bentuk dan renda atau kain bra tak mudah koyak – dengan pilihan reka yang menawan serta sesuai untuk gaya hidup yang berbeza.










Cara-cara menentukan saiz baju dalam paling ideal untuk anda!!!
BAGAIMANA MENENTUKAN SAIZ BRA ANDA:-
Langkah 1
1) Pakai coli semasa mengukur
2) Ukur di sekeliling bwh payudara.Jika anda mendapat nombor genap, tambah 4 inci.Jika anda mendapat nombor ganjil, tmbah 5 inci.Sebagai contoh:
Jika ukuran anda adalah = 31"
Tambah = 5"
Jadi saiz coli anda = 36"



Langkah 2
Ukur di sekeliling bahagian terpadat payudara.Bandingkan nombor ini dgn saiz coli anda.Jika nombornya sama, bermakna saiz cup anda adalah A.Jika perbezaannya 1" bermakna saiz cup anda adalah B dan seterusnya.

Bagaimana menentukan saiz cup anda:-
1. Saiz coli +0" = Cup A
2. Saiz coli +1" = Cup B
3. Saiz coli +2" = Cup C
4. Saiz coli +3" = Cup D
5. Saiz coli +4" = Cup E

No comments:

Post a Comment